Tiada Lagi Konvoi Kapcai atau Superbike Naik Genting Highlands!

Berita ini pasti mengejutkan untuk kaki dua roda yang selalu menjadikan Genting Highlands sebagai destinasi konvoi.

Pihak pengurusan Genting Highlands memutuskan menghalang sebarang konvoi membabitkan motosikal jenis kapcai dan superbike ke resort pelancongan itu.

Sumber berita ini dipetik daripada channel YouTube Wazi Abdul Hamid (lihat video di bawah) yang merakamkan penjelasan seorang anggota polis mengenai larangan berkenaan.

Menurut anggota polis itu, keputusan dibuat pihak pengurusan Genting Highlands tersebut adalah respons kepada sesetengah kumpulan konvoi yang membuat kecoh dengan membunyikan ekzos bising dan mengganggu ketenteraman tetamu hotel.

Larangan tersebut berkuat kuasa serta merta hingga tarikh yang akan diberitahu kelak, ataupun apabila polis Genting Highlands tidak lagi menyekat laluan konvoi motosikal dan kereta sport ke sana. Sebagai pemilik resort dan taman tema, pengurusan Genting Highlands mempunyai hak untuk menyekat mana-mana pengguna daripada memasuki akses laluan tersebut.

Pesanan kami kepada kumpulan konvoi motosikal dan kereta, silalah berfikir dulu sebelum buat apa-apa yang boleh menyakitkan hati orang, jadilah penunggang dan pemandu bertanggungjawab. Janganlah disebabkan setitik nila, habis rosak susu sebelanga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *