5 Tip Untuk Brek Di Jalan Basah Tanpa ABS

Motosikal moden hari ini dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), tetapi tidak semua jenis jentera dilengkapi ciri tersebut (biasa ada pada motosikal jenis sportbike atau berkuasa besar). Ada penunggang tidak mampu membeli motosikal dengan sistem berkenaan yang pastinya berharga lebih premium.

Jadi, apa perlu dilakukan ialah cuba belajar teknik membrek dengan betul, terutama dalam situasi jalan basah. Ini 5 tip yang yang perlu anda praktikkan apabila perlu membrek atas permukaan basah.

1. CARI RUANG SELAMAT

Cari permukaan jalan baik atau rata dan bebas laluan trafik. Lokasi terbaik ialah ruang parkir, cuma berhati-hati dengan garisan putih, terutama permukaan lembap. Cat basah pada apa jua permukaan tidak memberikan cengkaman yang baik sebelum anda ada cukup masa bertindak balas.

2. KUNCI UTAMA – KELANCARAN

Dengan kemahiran yang ada, kelancaran ialah kunci utama untuk mendapatkan keputusan terbaik daripada brek motosikal anda. Jika membrek terlampau keras, anda berdepan risiko besar kerana roda depan dan belakang akan terkunci.

Jadi, tekanlah brek perlahan-lahan untuk memaksa tayar bersatu dengan permukaan tar sebelum meningkatkan tekanan brek supaya motosikal dapat dihentikan secara maksimum. Jika lulus ujian ini, mula kumpul pengalaman menerusi tunggangan jarak dekat supaya tidak hilang tumpuan kerana jarak perjalanan jauh akan membuatkan kita letih dan hilang fokus.

3. TINGKATKAN PENGALAMAN PERLAHAN-LAHAN

Fokus kepada brek depan dan dapatkan tekanan secara berperingkat supaya kita mahir tentang seberapa banyak kerja dan prestasi brek yang diperlukan. Kita juga perlu mula memahami dan merasai atau dapat membaca apa dimahukan tayar depan. Ini termasuk mendengar dengan teliti tentang setiap ‘pesanan’ dan respon dikirimkan roda.

4. BERSEDIA UNTUK ‘SKID’
brek_atas_permukaan_basah1

Pada saat sebelum tayar menggelungsur atau skid, jentera akan hilang kelajuan dengan cepat dan gerak hati seakan memberitahu kita supaya segera ‘melepaskan diri’. Apabila berdepan situasi tersebut dan rasa bahagian depan mula hilang cengkaman, lepaskan saja tuil brek untuk menstabilkan jentera.

Ini mungkin kedengaran drastik, tetapi jika kita dilatih perlahan-lahan menerusi pengalaman, kita akan dapati sebenarnya ada titik besar apabila tayar mula skid, dan tugas mengawal jentera akan jadi semakin mudah sebelum lama kelamaaan tersemat sebagai gerak hati.

5. FOKUS BAHAGIAN BELAKANG

Situasi skid pada roda belakang adalah lebih mudah berbanding depan kerana fokal berat jentera dan ini tidak terlalu membimbangkan. Jika berlaku di depan, bangkit perlahan-lahan dan cuba rasakan titik bilakah tayar akan mula skid dan kemudian lepaskan brek supaya kawalan dapat pulih semula. 

Sumber: PLCM