Kawasaki ZX-6R ABS (2021) Kini dengan Warna Baru!

KAWASAKI ZX-6R (2021) lancar di Indonesia dengan skema warna baharu sebagai sebahagian kemas kini terbaharu model supersport itu.

Selain warna hijau dan hitam yang menjadi seragam rasmi, model 2021 ini juga menampilkan warna baharu, iaitu putih dan merah pada fairing bawah, berbeza dengan bahagian atas yang berwarna hijau dan hitam serta sedikit aksen merah pada fairing sisi, ekor dan fasia depan.

Cuma seragam diperbaharui dan aspek trenkuasa dikekalkan, iaitu masih dipacu enjin 4-lejang 4-silinder sebaris 16 injap 636cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 134hp @ 13,500rpm dan tork 70.8Nm @ 11,000rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Sistem suspensi menggunakan unit fork terbalik (USD) Showa SFF BP dan monoshock Uni-Trak, manakala brek jenis dwi-cakera 275mm depan dan cakera tunggal 186mm di belakang dengan tayar saiz 120/70ZR17 58W (depan) dan 180/55ZR17M/C 73W (belakang).

Antara ciri dimiliki ZX-6R (2021) ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (KQS), klac anti-gelincir (A&S), mod kuasa, indikator tunggangan ekonomi, injap dual-terotel, dan Sistem Brek Anti-Kunci Pintar Kawasaki (KIBS).

Model ini menawarkan kapasiti tangki 17 liter dan berat 196kg, manakala tanda harga 315,700,000 rupiah (RM93,600).

Di Malaysia, ZX-6R ialah model wajib ada dalam barisan famili Kawasaki Motor Malaysia (KMM). Namun, isu rundingan Kawasaki Heavy Industries (KHI) dan Modenas mungkin meletakkan model ini di bawah label Modenas. Apapun segalanya belum dimuktamadkan.

Sumber: PLCM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *