Michelin Memperkenalkan Tayar Baru Untuk di Litar dan Jalan Raya Biasa

MICHELIN memperkenalkan empat tayar motosikal baharu ke pasaran bermula dari Michelin Power 5, Michelin Power GP, Michelin Power Cup 2 dan Michelin Power Slick 2.

Pengenalan tersebut menandakan pembaharuan keseluruhan penawaran hypersport dan perlumbaan Michelin yang membawa konsistensi dan pelengkap kepada rangkaian ‘Michelin Power’. Pelancaran tayar hypersport dan perlumbaan terbaru itu disasarkan kepada pengguna yang sukakan kelajuan

Tayar itu buat pengguna yang mencari penampilan sporty, reka bentuk tapak bunga, kestabilan, dan prestasi unggul pada kelajuan tinggi yang dibangunkan khas untuk meningkatkan sensasi, prestasi, dan keseronokan tunggangan.

MICHELIN POWER 5 dan MICHELIN POWER GP

  • Berorientasikan kegunaan jalan raya awam, Power 5  menggunakan sebatian getah inovatif yang menggabungkan silika dan karbon hitam. Michelin Power 5 merupakan tayar jalan raya 100 peratus yang dibangunkan untuk kenikmatan maksimum di tempat kering dan keselamatan di tempat basah dengan nisbah rongga bunga sebanyak 11 peratus.
  • Power GP pula menawarkan kegunaan nisbah 50:50 jalan dan trek yang memberikan prestasi terbaik pada permukaan basah mahupun kering.  Ia menampilkan bentuk bunga untuk kegunaan jalan raya dan litar dengan bahagian bahu licin untuk cengkaman dan kestabilan yang luar biasa di landasan dan nisbah rongga bunga 6.5 peratus.

MICHELIN POWER CUP 2 dan MICHELIN POWER SLICK 2

  • Berorientasikan kegunaan litar Michelin Power Cup 2 adalah kegunaan 10 peratus (jalan) dan 90 peratus (litar). Bunga tayar adalah versi litar yang lulus untuk kegunaan jalan biasa.
  • Power Slick 2 pula adalah tayar untuk kegunaan litar sepenuhnya khusus buat hari trek yang menawarkan pemanasan pantas. Kedua-dua tayar terbukti memberikan masa lap terbaik dan prestasi jangka masa panjang.

Kesemua tayar ditawarkan pada rim bersaiz 17-inci dan berkongsi teknologi asas Michelin yang merangkumi senibina tayar ACT+, dua kompaun bunga 2CT+ dan rekaan bunga optimum komputer. Di samping itu, tayar tersebut juga menampilkan dinding tepi unik signatur Michelin menggunakan paten ‘Premium Touch Technology’ yang menghasilkan kontra estetik dan warna hitam dengan efek baldu.

Kesemua tayar tersebut sudah ada di pusat jualan Michelin dan maklumat saiz dan harga cadangan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *